Jumaat, 8 Oktober 2010

MENCARI DUIT YANG HILANG

  Pada satu malam,seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Seorang kanak2 duduk termenung di bawah sinaran lampu itu.

  Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya,bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah2 rumput itu.

  "Apa yang kamu cari?"soal lelaki itu kepada kanak2 yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.

  Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab,"saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi."

  Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak2 yang sedang duduk termangu.

  "kenapa pula dengan kamu? kamu menunggu apa di sini?"

  Kanak-kanak itu mengangkat dagu dan berkata,"Duit saya pun tercicir di situ tadi."

  "Habis,kenapa kamu tidak mencarinya?" tanya lelaki itu.

  Kanak2 itu menjawab dgn selamba,"Tempat itu gelap,macam mana saya nak nak cari."

  Lelaki itu menggeleng-geleng dan berlalu pergi bersama anaknya.

  Setelah agak jauh,lelaki itu berkata kpd anaknya,"Apa yang dapat kamu pelajari?"si anak mengangkat bahu    dan memandang ayahnya.

  "Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut yang berusaha untuk mencari ilmu yang hilang itu.Lambat-laun dia akan menemuinya.Kanak-kanak yang duduk2 saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu.Dia tidak akan dapat apa2."

*plot cerita dipetik dari majalah ANIS
*p/s: ilmu agama adalah harta umat islam yang hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari..carilah ilmu sementara usia masih muda,sbelum ajal menjemput..
*kata2 hukama': tolabal ilmi minal mahdi ila lahdi..

wallahu'alam
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...