Sabtu, 9 Oktober 2010

DURIAN TUA DAN DURIAN MUDA

  Sebatang anak pokok durian tumbuh bersebelahan dengan sebatang pokok durian tua. Durian Tua melihat pertumbuhan Durian Muda dengan rasa cemburu. Dari sehari le sehari, Durian Muda semakin membesar.

  Cuma,Durian Tua berasa tenang juga apabila memikirkan bahawa Durian Muda belum pernah berbuah sedangkan dia berbuah saban tahun.

  Tetapi, pejam celik pejam celik, Durian Muda mula menginjak dewasa. Kini dia mula mengeluarkan bunga. Apabila akhirnya Durian Muda mengeluarkan generasi buah-buah pertamanya, Durian Tua tidak senang duduk.

  Bagaimanapun,selepas muhasabah diri, Durian Tua terpaksa akur akan hakikat hidup. Dia akur bahawa sudah sampai masanya Durian Muda pula menabur jasa kepada manusia. Sampai masanya nanti dirinya akan mati dan Durian Mudalah yang akan meneruskan legasi pokok durian yang terus menabur jasa kepada manusia. Lagipun buah-buah yang mereka hasilkan adalah sama. Manusia tidak akan tahu ia gugur dari pohon tua atau muda. Memikirkan hal itu, Durian Tua membuang rasa cemburunya kepada Durian Muda...

moral of the story:
*organisasi senior harus menerima kehadiran organisasi junior dengan berlapang dada, kerana junior bukan mahu menyaingi senior tetapi meneruskan sumbangan yang telah dimulakan oleh senior..sama2lah koreksi diri!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...