Khamis, 7 Oktober 2010

CINTA CHIPSMORE =)

tjuk ini dipilih adalah skadar utk berkongsi tips bagaimana mngurus pemikiran dan perasaan seorang remaja.. dlm msa yg sama,persediaan utk kita menghadapi anak2 yg bakal membesar pd zaman fitnah dajjal yg smakin meluas..kita mesti ada aim..aim spy anak2 yg bakal dilahirkan dpat menegakkan khilafah islamiyyah di muka bumi ni. Insyaallah..

kenapa remaja terjebak dgn cinta monyet?

"remaja perempuan terlibat dgn cinta terlarang di alam persekolahan krn ketandusan kasih sayang keluarga trutama dr seorang ayah.pelajar perempuan mudah bercinta dgn lelaki bukan krn si lelaki kacak,ttp krn sifat lelaki yg mngambil berat dan memberi perhatian terhadap dirinya. itu saja.
remaja perempuan ni sanggup kluar duit sendiri utk belanja pasangannya asalkan si lelaki sanggup berlama-lama bersembang atau bertanya khabar dgnnya.
sementara si lelaki pula bukannya bersedia bercinta pun,sekadar suka2 jer. dan lbih kpd ingin mngambil kesempatan."-Ustaz Muhammad khairul Azhar Ghazali,peserta program imam muda.
(berpengalaman mngendalikan program motivasi di sekolah2.

nah..dah ad bukti kan..mmg manusia ni suka dibelai..kalo ana mnyelami remaja bermasalah,bagaimana ak mhu atasi masalah perasaan semula jadi ni??..kalo menyelami remaja yg aktif berdakwah,bagaimana aku harus atasi masalah ini?? dan kalo pihak ibu bapa pula,bagaimana aku harus bimbing anak2 ku ini??
persoalan2 bgni seringkali bermain di fikiran kan..kdg2 cara dah kena..tp xbg kesan ap2 pon..huhu.sehingga penat dan lelah aku bertindak..arrghhh.tenangkan diri..as a muslim,first skali kita mmg kena judge diri dlu..mcm mana AKHLAK kita terhadap mrk?? xkiralah sbg parent,kawan rapat,anak,kawan bese2 jer..kita cuba utk berlapang dada..itu yg pling penting..sifat2 manusia nie berbentuk abstract..so,jom kita tgk satu persatu ap penyelesaiannya..

as a parent

  1. wujudkan budaya usrah dalam dalam kelurga,iaitu budaya berhimpun,berbincang dan berbual mesra.melalui usrah,masing2 dpt berkongsi perkembangan,berkongsi maklumat dan berkongsi ilmu yang dibaca atau didengar.cara penyampaian boleh diprogramkan seminggu sekali di rumah atau sambil berjalan dlm kereta,sambil berkelah dan etc
  2. ayah perlu lebih mengasihi dan menjaga kebajikan anak perempuan. dampingi mrk dr kecil. elok libatkan mrk dgn pelbagai aktiviti bersama ayah. anak perempuan suka belaian,sukakan perhatian dan kasih sayang. jadikan ayah sbg tempat rujukan. Temani mrk mrk ulang kaji d rumah. Hantar dan ambil mrk di sekolah walau telah bersekolah menengah. libatkan diri dlm urusan memilih barang yang ingin dibelinya,beri cadangan,bukan buat keputusan,spy dia rasa pilihannya dihargai.
  3. kalo anak di asrama,selalu ziarahi dia.rasakan kita menghargai..jika berjauhan.selalulah bg kata2 perangsang dan pengharapan yg tinggi kpd mrk.
  4. anak lelaki elok selalu didukung dr kecil,didakap dan dipeluk spy apabila mrk besar,mrk xjauh dgn parent.hatinya sentiasa terpaut utk selalu ingat dan segera pulang kerumah krn masih ada yg menyayangi..kalu merantau jauh sekali pon,dia akan terkenang kasih sayang ibu bapa.
  5. anak perempuan pula jgn selalu didukung semasa kecil. apabila dia pandai berjalan,pimpin dia,biar dia bebas berjalan.selalulah bermain dgnnya. anak ini akan membesar dgn jiwa yg riang. apabila besar,dia akan menyayangi keluarga.
tips diatas adalah pandangan dr ustaz khairul jg..
katanya,"masa zaman saya remaja dulu,sy cemburu tngok ayah manjakan adk perempuan sy lbih drpd anak2 lelaki..tp,apabila adik sudah meningkat remaja,sy cuba bertanya adakah adk punya kawan lelaki?dia menggeleng.dia tdk berminat utk cenderung memilih pasangan lelaki krn dia merasakan dia sudah ada ayah,yg bersifat pelindung dan pembelai kasih padanya."  

as a friend 

pertamanya,kita mesti ber'couple' dulu ngan kaum2 sejenis..fahami dan selami jiwa mrk..bagaimana? jom!!ana ingin rungkaikan short story dr penulis novel terkenal,HILAL ASYRAF

ceritanya bermula apabila mendengar sahabat ber'couple',saudara hilal terus mengajaknya duduk lepak2.mrk bersembang pelbagai perkara. bertempuk tampar bersama apabila bercanda. diam bersama apabila menyentuh sst yg mngkin sentimental..Apabila melihat peluang yg sesuai mengutarakan isu dia ber'couple'.dia berkata:
"ana dgr nta ada crta hot."
si pe'couple' tersengih."apa yg hot2 ni?"

"siapa nama si dia tu? timah? senah?" dia bergurau.sedangkan dia thu nama sebenar couple nya itu.
"umairah la bro..."
dia membiarkan sahabatnya bercerita ttg couple nya itu...dia jg bertanya,"orgnya mcm mana?asal?".dan begitulah mrk bersembang.
apabila sahabatnya berhenti bercerita, dia bertanya:
"erm,,nta rasa org macm dia boleh didik anak2 nta tak?"          

dia terdiam..dn dia berkata:"ana xkenal dia. Ana cuma nk hitung couple nta. nta kenal dia lebih dr ana kan? dah pernah sembang kan? cuba nta fkir pnjang2."

sahabatnya tak boleh bg jawapan....terkelu.dlam masa yg sama saudara hilal mnghuraikan cdikit kesan dan amaran allah pd org yg bercouple.akhirnya,sahabatnya sendiri menyuruh hilal mnjadi org tgah spy memutuskan hubugan yg tdk pasti tue..

itulah crita ringkas yg dikarang oleh hilal..ana kira,kalau selama ini jambatan hati itu tdk dibina,mustahil dia boleh mendengar apa yg hilal ingin sampaikan. pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan utk tdk mendengar ceramah pendek hilal.pastinya jg dia boleh marah krn sibuk akan yrusan peribadinya..

tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kpd allah,itulah formula yg mustajab.sepatutnya kita mampu utk melakukan ini. hal ini krn kitalah couple nya yg halal sebelum dia beristeri atau bersuami..jom kita gerak!demi islam tercinta!

wallahu'allam.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...