Rabu, 9 Mac 2011

gambarku gambarmu juga..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama xmenulis, terasa satu kekosongan yang teramat bila berada di rumah. fikir punya fikir, tetiba rasa macam nak tulis ttg tajuk nih. apa significantnya tulis tajuk nie ye?? erm, mngkin sebab laman sosial yang wujud sekarang mendesak diriku utk menulis dan menghuraikan serba sedikit ttg tajuk nih.

Situasi 1

"boringlah, xtahu nak bt apa..jom kita tag gambar kt fb nak? baru smua org kenal kita, xder lah SI DIA tercari2, sape lah pemilik fb nih..ntah datang dari ceruk mana tetiba add DIA.."dialog segelintir remaja perempuan masa kini.

Situasi  2

"nak mintak gambar time kita pi reunion dulu boleh x? ingat nk ltk dlm fb r..alah, nak rapatkan ukhuwwah je..biar org lain tahu kita mmg rapat..kita xleh jumud sangat, sekarang zaman IT..kena manfaatkannya."dialog segelintir akhawat.

2 situasi yg berbeza bukan?? tapi mempunyai tujuan yg sama..yakni sengaja ingin membuka privasi diri sendiri sebagai seorang yg bergelar wanita@perempuan..tidak dinafikan,perempuan mmg suka dipuji..tambah2 kalu gender yg berlainan memuji. makin bertambahlah peratus perasannya tuh..tapi ALLAH berfirman dalam al-quran:

"janganlah kamu melampaui batas"

erm, kategori gambar mcm mana yg melampaui batas tuh?
1)gambar posing yg menampakkan lenggok tubuh
2)gambar tidak menutup aurat
3)gambar perseorangan bukan bertujuan organisasi
4)gambar dengan gender yg berlainan

huraian ttg melampaui batas adalah pelbagai. boleh jadi dari pelbagai aspek. tapi di sini ana ingin menyentuh dan fokus dalam isu tag2 gambar nih. adakah antunna menganggap bahawa:

1)isu tag2 gambar adalah perbuatan yg biasa2 shj?
2)ataupun menganggap ianya adalah satu tuntutan utk menzahirkan keakraban ukhuwwah sesama kita di khalayak umum?
3)ataupun menganggap ianya salah satu uslub dakwah?
4)ataupun menganggap ianya satu perbuatan yg ditegah?

antunna sendiri yg bisa menjawab segala persoalan tersebut..dan berbalik kepada firman ALLAH,bagaimana sebenarnya golongan yg melampaui batas ni? golongan tersebut adalah bila mana perbuatannya melanggar syara' dan lari dari al-quran as-sunah..ana tidak meletakkan bahawa tag gambar adalah perkara yg melampaui batas..tapi antunna sendiri yang boleh menilai sejauh mana tujuan antunna melakukan perkara tersebut..so, cuba jawab soalan2 di atas dan renung2kanlah sama ada antunna berada di tangga ke berapa..dan sedarlah wahai sahabat2ku, setiap perbuatan kita akan dihisab di akhirat kelak,hatta sekecil2 perkara. dan setiap yg ditegah, pasti ada hikmahnya. antaranya:

1)saddu zarrai'(tutup lubang maksiat)-sekiranya kita, sebagai kaum hawa menjaga batas2 syariat, insyaallah segala maksiat yg berlaku boleh ditangani walaupun sedikit. sbbnya, WANITA ADALAH FITNAH DUNIA..
2)menjaga keselamatann-sekarang zaman IT, segala macam boleh dibuat dgn gambar2 yg telah di upload, oleh itu, dgn mengelakkan perbuatan tersebut, kita terhindar dari BAHAYA..langkah berjaga2 itu kan lebih baik..=)

Wallahuallam..

*sekadar perkongsiaan..andai ada kesilapan, mohon ditegur.
*moga bermanfaat..    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...